17 May
Definisi Kemahiran Menulis Karangan

Kemahiran menulis karangan adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pelajar untuk memungkinkannya berkomunikasi dengan berkesan, sama ada dalam bilik darjah atau persekitaran masyarakat secara fonnal atau tidak formal (White, 1989). Menurut Keraf ( 1981 ), Penulisan karangan merupakan satu kegiatan yang berbentuk sintaksis dengan mempergunakan pengetahuan dasarkebahasaan ditambah beberapa komponen berupa kemampuan penalaran dan pengetahuan yang baik tentang objek garapnya. Di samping itu komponen isi kandungan dan fakta, penggunaan bahasa, gaya (keragaman ayat, diksi dan bahasa kiasan), organisasi atau pengolahan dan keseluruhan memberikan kesan kepada umum. Raimes (1983), menyatakan bahawa para pelajar berkomunikasi bukan sahaja secara lisan tetapi kerap juga secara tulisan.

Kemahiran menulis karangan merupakan proses yang menyatukan kedua dua kemahiran iaitu pemilihan fakta, penyusunan fakta dan kecekapan penggunaan tatabahasa. Penyepaduan kedua-dua kemahiran akan mempengaruhi keberkesanan komunikasi dalam tulisan. Oleh itu ·para pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang mantap untuk menguasai mekanisme mengarang. Kemahiran menulis karangan merupakan proses untuk. menyampaikan buah fikiran, idea, pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau t pembaca dengan menggunakan medium tulisan. Kemahiran menulis karangan melibatkan lebih daripada menulis ayat-ayat sahaja. Kemahiran ini juga memerlukan ketelitian pelajar memilih perbendaharaan kata yang tepat dan berkesan, urutan ayat-ayat yang berkaitan dan teratur mengikut sistem tatabahasanya dan ejaan yang betul. Hal ini bertujuan agar karangan yang dihasilkan tidak mengelirukan pembaca, jelas dan persis (J uriah, 1990 & Slobin,1978). Keperluan ini bukan sahaja untuk memenuhi sukatan pelajaran, tetapi yang lebih penting, melalui kemahiran menulis dapat membantu para pelajar dalam aspek yang berikut:


a) Mengarang dapat meneguhkan penggunaan tatabahasa, idea, penggunaanp erbendaharaan kata dan perasaan.


b) Mengarang akan memberi peluang kepada pelajar menjelajah atau meneroka lebih jauh daripada apa yang telah diajar oleh guru dengan menggunakan pengetahuan bahasa. Di samping itu juga pelajar mencuba penggunaan bahasa tersebut (percubaan penggunaan bahasa yang betul, walaupun dalam percubaan ini pelajar melakukan kesalahan).


c) Keperluan bagi para pelajar memper\uaskan pengetahuan supaya dapat menjelaskan idea, meningkatkan kecekapan koordinasi mata, tangan dan pemikiran. Ini semua supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai.

Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING