Kemahiran Berbahasa
Definisi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan „kemahiran‟ bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala "berbahasa" pula membawa maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan atau kepandaian seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa. Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya baik.
Teknik
Dalam mengajar kemahiran berbahasa, kita terlebih dahulu digalakkan mengajar kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kemahiran lisan mendengar dan bertutur ini perlu diajar serentak, berurutan dan menyaling dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar di dalam bilik darjah, merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pe ngajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Antara pendekatan yang sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur ini ialah pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Pendekatan situasi ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka untuk memperolehi latihan intensif. Pembelajaran akan lebih bermakna
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Ianya dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu, merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.
Teknik ini membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain, meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid, mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka, mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.